PENgikut ana

Like Kalau Sudi

Ahad, Mei 15

Bila sebut jururawat, atau nurse terbayang seorang perempuan dengan wajah yang cantik, muka yang manis dengan senyuman yang menawan. Terbayang semuanya muda² belaka. Walaupun sebenarnya jururawat ramai je yang sudah berusia..:)


Pernahkah anda terpikir, kenapa jururawat cantik.? Kerana jururawat tidak seperti pramugari yang syarat hendak masuk perlu cantik dan menarik. Jururawat lebih umum dan seseorang masuk bidang kejururawatan bukan disebabkan kecantikan semata-mata.

Jadi disini dihuraikan sedikit point² yang difikirkan (oleh penulis asal), kenapa jururawat nampak cantik.:)

1. Jururawat bekerja ditempat ber'aircond'.
kerja di kawasan berhawa dingin semestinya tidak sama kalau bekerja di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari ataupun bekerja di kedai² makan. Keadaan yang dingin juga mempengaruhi kecantikan seseorang. Suhu yang dingin secara tidak langsung akan mengurangkan masalah² seperti minyak di muka. So mereka berkerja di persekitaran yang baik tubuh badan, tetapi juga untuk muka mereka..:)

2. Persekitaran yang bersih.

Persekitaran juga mempengaruhi kecantikan. Cuba bayang jika orang seperti jururawat bekerja di bengkel. Comot juga mereka nanti. Oleh itu, apabila mereka bekerja di persekitaran yang bersih, secara tidak langsung keadaan mereka sentiasa bersih. Cadar, sarung bantal, meja, kerusi, dan lain² semuanya bersih. Anda juga semestinya tahu perkaitan kebersihan dan kecantikan kan.:)

3. Persekitaran yang tenang.

Apabila bekerja di persekitaran yang tenang, ia dapat mempengaruhi emosi. Tekanan juga tidak banyak seperti bekerja di tempat² lain. Mungkin tekanan sekali sekala jika ada kes kecemasan. Jadi apabila bekerja di tempat yang tenang, jiwa akan rasa aman, muka akan jarang berkerut, selalu tersenyum, dan diri berasa tenang. Mereka kelihatan cantik kerana jarang nampak mereka marah² atau berada dalam keadaan tertekan seperti kerja² lain.

4. Mereka tahu aspek kesihatan.

Mereka jururawat, sudah tentu mereka tahu apa yang ok dan tidak ok. Boleh dikatakan pengetahuan mereka berkaitan kesihatan adalah lebih baik berbanding kita orang biasa. Mereka mungkin tahu sesuatu perkara baik atau tidak berdasarkan penjelasan saintifik, bukan hanya dengar² cakap orang. Jadi mereka tahu apa yang baik untuk kesihatan kulit, muka, tubuh badan dan lain².

5. Pakaian seragam.

Percaya atau tidak, pakaian seragam yang dipakai jururawat menampakkan mereka lebih cantik.?.:)Pakaian yang mereka pakai menampakkan mereka lebih kemas. Dan ditambah lagi dengan pakaian mereka yang berwarna putih, semangnya menampakkan lagi kesucian mereka..cuba bayang jururawat pakai baju kurung yang pelbagai warna, kan kurang cantik berbanding pakai baju seragam berwarna putih.. Jadi pakaian mereka sebenarnya mempengaruhi penampilan mereka untuk nampak lebih cantik, anggun dan kemas.

6. Dah mereka memang cantik. Hendak buat macam mana.:)


Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Jika sememangnya sebelum mereka masuk jururawat lagi, mereka sudah cantik, semestinya apabila mereka masuk jururawat akan kekal cantik dan bertambah cantik.:). Untuk point ini, point² di atas menambahkan seri mereka selain sememangnya mereka adalah seorang yang memang cantik.:). Hendak buat macam mana kan.:)